Top Menu
Language Select
  English  | Malay
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 30 Sept 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Sibu Cetak Sibu
BAHAGIAN SIBU / KAPIT
MENGENAI KAMI
CARTA ORGANISASI SALIRAN BANDAR
HIDROLOGI SURVEI
SKIM OPERASI & PENYELENGARAAN
PENTADBIRAN & KEWANGAN
HUBUNGI KAMI


Klik disini untuk  LAPORAN SKIM

SKIM PENGAIRAN NANGA MERIT
Daerah Belaga
Bahagian Kapit
Status Di bawah Operasi dan penyelengaraan
Tarikh Pembinaan
1971
Tarik di siapkan

Awal 1973. Pengambilan 173 "parcels" tanah disempurnakan pada 1974.

Tempoh Projek
-
Lokasi Projek

Skim terletak di bahagian ke 7 Sarawak, ditengah-tengah antara bandar Kapit dan Belaga di sebelah Kiri Sg.Hulu Batang Rejang.

Kawasan Projek
Keluasan kasar skim termasuk terusan, parit dan kawasan simpanan kem adalah seluas 184 hektar manakala keluasan bersih adalah sekitar 159 hektar.
Kos Projek
RM 600,000.00
Objektif Projek

Penduduk di kawasan persekitaran belum menguasai teknik penanaman padi sawah. Dengan pengenalan sistem pengairan di kawasan tersebut adalah diharapkan :-
a) Kawasan penanaman padi yang lebih kekal untuk penduduk tempatan.
b) Pengenalan sistem penanaman dua kali dan penanaman tanaman tuai semasa di luar musim menanam padi.
c) Penggunaan tanah yang lebih meluas dengan penyertaan petani lain yang bersebelahan/berjiran.

Komponen Projek

a) 3 unit 4m3/saat pam air axial yang digerakkan oleh Enjin Diesel Dorman berkuasa 51 Kuasa Kuda.
b) Terusan/Konkrit berbentuk T sepanjang 2,425 meter dengan lebih 10 unit pintu air (Check gate) untuk membekalkan air.
c) Paip bekalan berdiameter 3" dipasang di sepanjang terusan dimana diperlukan.
d) Parit Tanah  dan Supply ditches dibina semasa lewat tahun  70 an kebanyakkannya telah tertimbus.

SKIM PENGAIRAN SUNGAI RANAN
Daerah Kanowit
Bahagian Sibu
Status Di bawah Operasi dan Penyelengaraan
Tarikh Pembinaan 6.8.1982 sehingga November 1984
Tarikh di Siapkan November 1984. Pam telah dipasang pada 25.01.1987
Tempoh Projek 27 tahun
Lokasi Projek Skim pengairan ini terletak di sebelah kiri Sg.Kanowit, 3km di Hulu Bazar Kanowit. Keluasan Kasar adalah kira-kira 127 hektar dan keluasan bersih adalah 100 hektar. Secara Semulajadi, kawasan ini mengalirkan airnya melalui Sg.Ranan dan Sg.Sekuau yang merupakan cabang Sg.Kanowit.
Kawasan Projek 100 hektar
Kos Projek Lingkungan RM 1.7 Juta
Sumber Peruntukan Projek Projek Pengairan Skala kecil Kebangsaan yang dibiayai oleh bank dunia.
Kadar Pulangan dalaman 9%
Objektif Projek a) Untuk Menyediakan sistem pengairan bagi membolehkan penanaman padi 2 kali setahun
b) Untuk meningkatkan hasil tanaman berbayar sekaligus meningkatkan taraf hidup petani di skim
c) Untuk menyediakan peluang pertanian bagi memudahkan kesukaran yang dihadapi oleh petani sekaligus mengurangkan perpindahan penduduk luar bandar ke bandar untuk mencari pekerjaan
d) Meningkatkan produktiviti tanah dan buruh disamping memastikan pulangan yang baik untuk modal yang dilaburkan kedalam projek
Ciri-ciri Tanah Seduan/Maling/Similajau/Merit-14 ha
Bijat/Seduan - 41 ha
Mukah/Bijat - 43 ha
Komponen Projek a) Stesen mengepam air dengan 3 unit pam air
b) Terusan penghantaran konkrit sepanjang 2,774m
c) 2 unit pintu angkat air (flap gate)
d) 3,995 m "supply ditches" dan 5,206m "collector drains"
e) Benteng dan parit perimeter sepanjang 4,159 meter
f) 1 unit pejabat tapak/kuarters, 1 unit berek 2 pintu, Bilik Stor dan rumah generator
SKIM PENGAIRAN SUNGAI SUNGA
Daerah Kanowit
Bahagian Sibu
Status Di bawah Operasi dan Penyelengaraan 1995 berjumlah RM 125,000.00
Tarikh Pembinaan 26.12.1980 sehingga 28.08.1984
Tarikh disiapkan 28.08.1984
Tempoh Projek 30 tahun
Lokasi Projek Skim terletak disebelah kiri Batang Rejang kira-kira 11 km dari Sibu. Pengairan air adalah melalui Sg.Sunga yang merupakan cabang kecil Batang Rejang.Batang Rejang pula mengalirkan air ke laut China Selatan, kira-kira 144km ke arah barat. Keluasan kasar skim termasuk benteng (bund) dan kawasan simpan parit (drain reserve) adalah 340 hektar manakala keluasan bersih adalah kira-kira 300 hektar
Kawasan Projek 340 (ha) jumlah bersih 300 (tetap) hektar
Kos Projek Anggaran Kos Projek adalah RM 3.2 juta
Sumber Peruntukan Projek
Projek pengairan skala kecil kebangsaan yang dibiayai oleh bank dunia
Kadar Pulangan dalaman Kadar pulangan dalaman untuk tempoh 30 tahun dianggarkan sebanyak 8%
Objektif Projek a) Untuk menyedaikan fasilititi/Kemudahan pengairan di kawasan ini dengan tujuan meningkatkan pengeluaran padi sekaligus meningkat taraf kehidupan penduduk tempatan
b) Untuk menyediakan struktur untuk perlindungan daripada banjir dan menukarkan kawasan seluas 280 hektar kawasan berpotensi penanaman padi kepada kawasan yang ditanam sepenuhnya.
c) Menyediakan lebih peluang pertanian di kawasan skim untuk mengurangkan migrasi petani ke bandar untuk mencari pekerjaan.
d) Skim ini juga mensasarkan peningkatan pendapatan dan kebajikan petani.Projek ini telah dikenal pasti oleh unit perancang negeri (State planning unit) untuk menjadi salah satu kawasan penghasilan padi di Sarawak.
Ciri-ciri Tanah Tanah Alluvial
Komponen Projek a) Benteng banjir melingkari seluruh kawasan projek sepanjang 9.6 km
b) Rumah pam dengan 3 unit pam yang boleh mengepam 15m3/saat  air di tebingan Btaang Rejang
c) Terusan Konkrit sepanjang 9,762 meter dengan (anciliary) struktur pengairan
d) 2 unit pintu kawalan air (Tidal Control Gate) yang terdiri daripada 1 unit pintu air 12' x 14' di Sungai Sunga dan 1 unit pintu air 5' x 5' di Sg.Jambu
e) Sistem perparitan dalaman/akses sepanjang 2.4 km
SKIM 'INUNDATION'LEBAAN/BAWANG ASSAN
Daerah Sibu
Bahagian Sibu
Status Di bawah Operasi dan Penyelengaraan semenjak 1984
Tarikh Pembinaan 1980 sehingga 1983
Tarikh disiapkan 1983
Tempoh Projek 30 tahun
Lokasi Projek Skim terletak di pertembungan Batang Rejang di sebelah kanan tebing, kira-kira 24 km di hilir bandar Sibu. Skim dibahagikan kepada 2 blok yang dipisahkan oleh Sungai Assan
Kawasan Projek Blok A- Jumlah kawasan = 471 ha. (1,164 eka) Kawasan Tetap = 414 ha. (1,023 eka)
Blok B- Jumlah Kawasan = 245 ha. (605 eka) Kawasan Tetap = 210 ha. (519 eka)
Jumlah: 716 ha. (1,769 eka) Tetap = 624 ha. (1,542 eka)
** Jumlah Kawasan adalah termasuk benteng dan kawasan simpanan Parit
Kos Projek Kos Projek adalah RM 2.5 juta
Sumber Peruntukan Projek Projek Pengairan skala kecil kebangsaan yang dibiayai oleh bank dunia
Kadar Pulangan dalaman 13.5%
Objektif Projek a) Untuk mengurangkan masalah banjir yang kerap berlaku
b) Menyediakan fasilititi pengaliran terkawal melalui penggunaan air hujan ynag efisien/cekap untuk tujuan penanaman padi semasa musim menanam padi dan penanaman tanaman luar musim semasa di luar musim menanam padi
c) Untuk menukarkan kawasan tanaman getah yang sudah berhenti penghasilannya, kawasan rumput dan hutan paya kepada kawasan penanaman padi
d) Persekitaran dan fasilititi yang telah dipertingkatkan bersama dengan perkhidmatan input penambahan akan membantu pengeluaran padi dan menggalakkan penanaman tanaman luar musim
e) Projek ini juga membantu meningkatkan pendapatan sekaligus meningkatkan taraf hidup Petani di kawasan skim. Ia juga menyediakan peluang pekerjaan di sektor pertanian sekaligus mengurangkan kadar migrasi bandar
f) Projek ini juga adalah selari dengan Polisi Ekonoi Kebangsaan dalam membanteras miskin tegar dan mendiri dalam pengeluaran beras
Ciri-ciri Tanah Tanah Paya
Komponen Projek a) 2 unit 5' x 5' Pintu kawalan Pasang Surut di Blok A
b) 2 unit 4' satu Pintu Kawalan Pasang Surut di Blok B
c) 4 unit kawalan hujung perparitan di Blok A dan unit di Blok B
d) 14 unit kawalan Jatuh. Di blok A dan 7 unit di Blok B
e) 10 km Benteng Perimeter dan Parit dan "Cut-Off" Parit untuk Blok A dan 7.2 km untuk Blok B
f) 9.5 km Parit dalaman dan Jlaan masuk untuk Blok A dan 6.1 km untuk Blok B
g) 1 unit Pejabat@kuarters, 1 unit Stor@bengkel dan 1 unit berek 4 pintu
SKIM KAWALAN PERPARITAN SUNGAI LENGAN A & B
Daerah  
Bahagian Sibu
Status Dibawah Operasi dan Penyelengaraan
Tarikh Pembinaan -
Tarikh disiapkan 1984
Tempoh Projek -
Lokasi Projek  
Kawasan Projek 347 hektar.Jumlah kawasan tanaman adalah 146.2 hektar @ 42% penggunaan tanah. Tanaman utama yang ditanam adalah padi dan lain-lain
Kos Projek -
Objektif Projek  
Komponen Projek  

 

 
|