Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 25 Nov 2017
Versi 8.0.2c
Mengenai Kami : SMPMengenai Kami : SMP
CAWANGAN SUMBER MANUSIA DAN PENTADBIRAN
Mengenai Kami Carta Organisasi Pegawai Dihubungi

i) OBJEKTIF

Cawangan Sumber Manusia & Pentadbiran bertanggungjawab untuk memudahkan pengurusan dan pembangunan sumber manusia dan pengurusan fungsi pentadbiran jabatan.

ii) FUNGSI

Pembangunan Sumber Manusia

 

  • Mengendali Analisis Keperluan Latihan untuk mengenal pasti jurang kompetensi dan untuk membangunkan pelan latihan yang sesuai bagi semua kakitangan jabatan.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan semua latihan dalaman, yang merangkumi Kemahiran Strategik Latihan dan Kursus Induksi Jabatan untuk jabatan.
  • Mengurus dan  menyelaras  pencalonan   penyertaan  dalam  semua  aktiviti latihan yang  dianjurkan  oleh  penyedia  latihan yang lain, seperti JKM,  CMM, IEM,  JPS Malaysia  dan lain-lain.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan Latihan Teknikal yang dianjurkan oleh JKM dan perlaksanaan melalui CMM.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan Peperiksaan Jabatan untuk tujuan pengesahan kakitangan baru.
  •  Menyelaras, mengendali dan mengemaskini rekod latihan semua kakitangan jabatan.
  • Merancang, melaksana dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan Pengurusan Perubahan Budaya.

 

 Pengurusan Sumber Manusia

 

  • Merancang dan mengurus Pembangunan Organisasi yang melibatkan penyusunan semula struktur jabatan mengikut fungsi strategik.
  • Memudahkan perancangan penggantian bagi jawatan utama jabatan.
  • Merancang dan mengurus kapasiti dan kapabiliti Sumber Manusia berdasarkan keperluan dan sedia ada.
  • Mengendali Pengambilan dan Pemilihan bagi jawatan teknikal dan berhubung dengan JKM bagi pengambilan untuk jawatan bukan teknikal.
  • Memudahkan Pengesahan dan Pemberian Taraf Berpencen untuk kakitangan kepada JKM dan PSC.
  • Urusan proses pencen bagi pesara, persaraan wajib dan bersara awal untuk kakitangan.
  • Memudahkan cadangan dan pemprosesan untuk kenaikan pangkat dan pembangunan kerjaya kakitangan.
  • Mengurus dan memudahkan urusan Memangku dan Menanggung Tugas.
  • Merancang dan mengurus Perpindahan Kakitangan di dalam jabatan.
  • Memantau Penilaian Prestasi serta memudahkan cadangan untuk Anugerah dan Pengiktirafan.
  • Mengurus Disiplin Kakitangan.
  • Mengurus bagi semua jenis cuti kakitangan.
  • Mengurus dan mengemaskini rekod kakitangan dalam sistem (HRMIS dan GEMS) dan juga Buku Rekod Perkhidmatan.

 Pentadbiran Am

 

  • Menyelanggara keselamatan pejabat.
  • Kebersihan ruang pejabat supaya sentiasa dalam keadaan teratur dan bersih.
  • Perkhidmatan telepon dan faks.
  • Mengurus Pusat Pendaftaran Jabatan (penerimaan dan pengeluaran surat/fail) – CACTUS
  • Mengurus Fail dan Rekod semua maklumat rasmi kerajaan.
  • Menyelaras permohonan Pinjaman Kerajaan (Perumahan, Kenderaan, Computer dan lain-lain)
  • Memproses permohonan untuk semua jenis Elaun dan Keistimewaan (Rawatan Perubatan, Insurans, Pindah Rumah, Elaun Pertukaran dan lain-lain).
  • Menyediakan sebutharga bagi pembekalan Pakaian Seragam dan Kasut untuk Kakitangan di Ibu Pejabat dan Pembekalan Surat Khabar ke semua cawangan.
  • Mengurus untuk pembelian dan pengagihan Diari Rasmi serta Almanak.

 

Tugas -Tugas Lain

  • Urusetia kepada Jawatankuasa & Panel berikut :-
    - Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
    - Integriti & Tadbir Urus
    - Pengurusan Sumber Manusia Jabatan
    - Pengurusan Fail & Rekod
  • Urusetia kepada Acara-acara Rasmi Negeri :- (Hari Kebangsaan, Sambutan Harijadi TYT, Sambutan Maulidur Rasul, Hari Perkerja, Hari Perkhidmatan Awam dan sbg..)