Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 19 Jan 2018
Versi 8.0.3
AMALAN BERKUALITI 5SAMALAN BERKUALITI 5S

Ke Arah pensijilan 5S

5S Certificate


KENYATAAN POLISI 5S JABATAN

Membudayakan amalan 5S bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang
kondusif, bersih dan ceria serta memupuk budaya kerja yang lebih cekap dan berkesan.



OBJEKTIF 5S JABATAN

  • Mengurangkan kos operasi;

  • Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih dan kondusif;

  • Memastikan perkhidmatan yang menepati masa dan memenuhi kehendak pelanggan;

  • Membudayakan kerja yang lebih cekap dan berkesan


LOGO 5S JABATAN

Logo 5S

 

Maksud logo;


ANAK PANAH DALAM BULATAN

Melambangkan amalan 5S iaitu SISIH, SUSUN, SAPU, SERAGAM dan SENTIASA AMAL yang hendaklah dilakukan mengikut urutan. Anak panah pula menunjukkan Amalan 5S yang dilakukan secara berterusan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, bersistematik dan praktikal.


WARNA SETIAP ANAK PANAH

Melambangkan warna logo rasmi JPS yang mempunyai maksud tersendiri dan sokongan padu dari semua warga JPS Sarawak bagi mendapatkan Pensijilan 5S.

WARNA OREN SEBAGAI LATAR BELAKANG ANAK PANAH

Melambangkan warna rasmi baju 'T' yang dipakai oleh setiap warga JPS serta tanda sokongan terhadap Amalan 5S yang menjurus kepada peningkatkan kualiti perkhidmatan, penjimatkan kos dan mempermudahkan proses kerja.


SIMBOL 5S DAN LOGO JPS

Melambangkan wujudnya pelaksanaan 5S di Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak. Amalan 5S yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat JPS secara keseluruhannya.