Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Jun 2018
Versi 8.0.4b
Mengenai KamiMengenai Kami
JPS BAHAGIAN SRI AMAN
MENGENAI KAMI CARTA ORGANISASI HIDROLOGI MEKANIKAL
SKIM
PENTADBIRAN & KEWANGAN OPERASI & PENYELENGGARAAN HUBUNGI KAMI SEBUTHARGA

 



PEJABAT JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN BAHAGIAN SRI AMAN

Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman mula beroperasi di Kubu Alice pada tahun 1970. JPS Sri Aman berkongsi pejabat dengan jabatan lain yang juga menjadikan Kubu Alice sebagai pusat perkhidmatan. Pada tahun 1973, JPS Sri Aman telah berpindah ke bangunannya sendiri yang terletak tidak jauh dari Kubu Alice. Walaubagaimanapun, pada ketika itu, anggota kakitangan jabatan ini adalah dalam jumlah yang kecil berbanding sekarang iaitu 46 orang kakitangan. Pejabat baru ini kemudiannya kekal digunakan hingga sekarang.

TANGGUNGJAWAB JPS SRI AMAN

- Merancang dan melaksanakan kerja - kerja operasi dan penyelenggaraan bagi Skim Pengairan dan Saliran, Saliran Bandar dan Sungai Bahagian Sri Aman.

- Menyiasat, mengkaji dan merancang Program Rancangan Tebatan Banjir, Saliran Bandar dan Skim Pengairan dan Saliran di Bahagian Sri Aman.

- Mengumpul Data Hidrologi dan menyelenggara semua stesen hidrologi Bahagian Sri Aman.

- Merancang dan melaksanakan projek - projek kecil (minor work) yang berkaitan dengan fungsi utama Jabatan (Department's Core - business)

- Memberi bantuan teknikal kepada Agensi Kerajaan lain dalam hal - hal yang berkaitan dengan fungsi utama Jabatan (Department's Core - business)

- Menyelia, memantau dan melapor kemajuan projek - projek pembangunan yang dijalankan oleh JPS Sri Aman di Bahagian Sri Aman.