Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 25 Apr 2018
Versi 8.0.4b
Perutusan PengarahPerutusan Pengarah






Selamat datang ke Laman Web Rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak.

Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak kini sedang bergerak maju ke hadapan dalam usaha untuk mencapai objektif korporat seperti yang termaktub dalam visi dan misi, dinyatakan dalam polisi kualiti dan jelas terserlah di dalam nilai-nilai jabatan.

Visi JPS adalah untuk menjadi peneraju di dalam bidang utama jabatan dengan menawarkan perkhidmatan terbaik berkaitan infrastruktur pengurusan air untuk pembangunan tanah pertanian, sistem saliran bandar, kemudahan tebatan banjir, kerja-kerja kejuruteraan sungai dan pantai dan pada masa yang sama untuk meningkatkan lagi peranan dalam pengumpulan dan penyebaran data sumber air dan hidrologi. Beberapa tahun kebelakangan ini, pihak JPS telah dipertanggungjawabkan untuk turut sama memainkan peranan yang penting dalam pembangunan luar bandar.

Melalui laman web ini, kami juga menyediakan pelbagai maklumat mengenai fungsi-fungsi jabatan, program dan khidmat atas talian seperti notis e-Tender, e-Aduan dan juga i-Hydro. I-Hydro merupakan sistem yang menyediakan data taburan hujan dan aras yang terkini untuk seluruh negeri Sarawak bertujuan sebagai petunjuk kepada sebarang kemungkinan berlakunya banjir di kawasan anda dan sekitarnya.

Untuk sebarang komen dan cadangan berhubung laman web dan khidmat jabatan , sila kemukakan maklum balas anda ke jps@sarawak.gov.my.

 

Terima kasih.

Chok Moi Soon

Pengarah , Jabatan Pengairan dan Saliran 

SARAWAK