Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 21 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Latar Belakang JabatanLatar Belakang Jabatan

Sebelum 15 Mac 1989, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dikenali sebagai Jabatan Parit dan Taliair (JPT). Di peringkat kebangsaan, JPT telah ditubuhkan pada 1 Januari 1932 untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengairan dan saliran yang sebelum itu dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) manakala di peringkat negeri Sarawak, tugas berkenaan masih dijalankan oleh JKR.

Pada 1 Januari 1967, Cawangan Pengairan dan Saliran, JKR Sarawak dipisahkan daripada JKR dan menjadi sebuah jabatan kerajaan yang baru. Jabatan ini dikenali sebagai JPT. Tugas utamanya pada masa itu adalah terhad kepada penyediaan kemudahan pengairan dan saliran pertanian. Di peringkat Kerajaan Negeri, JPS adalah di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan manakala di peringkat Persekutuan, JPS adalah di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Operasi JPS merangkumi perlaksanaan projek-projekk pembangunan sumber air, khususnya dalam bidang pengairan, saliran, kejuruteraan sungai, penialian sumber air, perancangan dan rekabentuk kejuruteraan, pembinaan dan juga pengendalian serta penyelenggaraan projek-projek berkaitan dengan penggunaan air. Mulai dari tahun 1972, JPS juga terlibat di dalam bidang hidrologi dan tebatan banjir, manakala fungsi kejuruteraan pantai pula menjadi tanggungjawab JPS bermula dari tahun 1986.

 

KEMENTERIAN

PERINGKAT KERAJAAN NEGERI

 

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN
Minister
YB Datuk Prof. Dr. Sim Kui Hian
Assistant Minister For Local Government
YB Datu Dr. Penguang Manggil
Assistant Minister For Housing And Public Health
YB Dr. Haji Annuar Bin Rapa'ee
Permanent Secretary YBhg. Encik Bakrie Zaini
Website : www.mlg.sarawak.gov.my