Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 21 Sept 2018
Versi 8.1.1a
Mengenai KamiMengenai Kami
CAWANGAN PENGURUSAN AIR DAN PEMBANGUNAN TANAH
MENGENAI KAMI
CARTA ORGANISASI
JELAPANG PADI
STRUKTUR JPS PEGAWAI DI HUBUNGI

 

Objektif
1. Untuk menyediakan infrastruktur kejuruteraan bagi membantu Kerajaan Negeri dalam mencapai tahap sara diri.
2. Untuk merancang dan merekabentuk skim pembangunan tanah baru yang cekap, mampan dan ekonomik untuk menyokong aktiviti pertanian.
3. Untuk menyediakan perkhidmatan profesional dan teknikal yang cekap berkaitan dengan pengurusan air dan pembangunan tanah untuk menyokong aktiviti pertanian.
4. Untuk memperkenalkan amalan moden dan teknologi canggih dalam kawasan pengairan dan saliran.
5. Untuk memulih dan menaik taraf kemudahan sedia ada untuk meningkatkan fungsi skim JPS yang sedia ada.
6. Untuk mengoperasikan dan menyelenggara skim JPS sedia ada untuk memastikan infrastruktur boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan.

 

 Fungsi
 Kami menyediakan perkhidmatan profesional yang berkualiti melalui perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan menguruskan semua projek pengairan dan saliran.
 1. Merangka, mengkaji, melaksana dan memantau pelan strategi dan tindakan Cawangan.
 2. Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau projek-projek pembangunan pengairan dan saliran pertanian.
 3. Merancang dan menyedia anggaran bajet bagi memohon peruntukan tahunan bagi kos projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan.
4. Mengurus dan memantau keseluruhan operasi Cawangan merangkumi aspek teknikal dan kewangan termasuk perolehan kerja dan perkhidmatan bagi projek pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
5. Merekabentuk dan menyediakan dokumen tender bagi projek-projek pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
6. Merancang, memohon bajet tahunan, mengurus dan memantau aktiviti penyelenggaraan skim-skim pengairan dan saliran dan Jalan Pertanian di bawah Peruntukan MARRIS.
7. Menyedia prosedur Operasi Piawai (SOP) untuk semua fungsi cawangan.
8. Menyedia khidmat teknikal kepada agensi-agensi berkaitan bagi projek / program baru yang dipertanggungjawab secara Ad-hoc kepada Jabatan selaku agensi pelaksana.
9. Menyediakan laporan penilaian ke atas projek-projek yang telah siap dilaksana.
10. Menyediakan laporan tahunan penggunaan tanah dan operasi dan penyelenggaraan bagi skim skim sedia ada.