Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
Last Update: 11 Dec 2017
Version 8.0.2c
Simoi tinjau projek perparitan Kampung Hilir Baru, Tengah
Posted on : 24 Mar 2017  Source of News: Utusan Borneo Online
 

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri bersama pegawai Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman telah melawat kawasan Kampung Hilir Baru dan Kampung Tengah, Sri Aman bagi meninjau lokasi projek perparitan yang akan dilaksanakan di kawasan tersebut pagi semalam.

Simoi berkata, projek tersebut merupakan sebahagian daripada projek di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi kawasan DUN Lingga yang telah pun diluluskan untuk dilaksanakan dalam tahun ini termasuk beberapa kawasan lain di DUN Lingga.

“Sebagai ADUN Lingga, saya komited menyedia pembangunan berterusan di kawasan Lingga sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam membangunkan Sarawak khususnya di luar bandar.

“Projek RTP sebelum ini telah banyak memberi manfaat dalam usaha merapatkan jurang pembangunan di kawasan DUN Lingga seperti mana yang diimpikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem sebelum ini,” ujarnya.